Hari -hari biasa ku

Salam semua

Tiga hari nie aku asik nak marah jer ngan bos hubby aku nih.... ada kaa lagi sejam nak balik leh panggil meting?? dah laa tu meting dari kul 5 ptg sampai kul 9 malam. dah aku ngan anak2 tercongok tunggu hubby kat umah kak ipar aku. Naik berbara jer ati ini. Aku syak bos dier nie gaduh ngan laki dia laa tu laa yang dia malas nak balik awal tu kut. Tapi kalau gaduh ngan laki sendiri pun janganlah libatkan org lain sampai orang lain nak bergaduh laki bini.

Untuk pengetahuan korang sumer, kami nie duk kat seri kembangan tapi kerja area shah alam ( area airport) nih. anak2 antar nurseri dekat ngan tempat kerja sebab if laa terjadi ape2 senang dan cepat nak jenguk anak2. Aku plak keja 8 ke 5 ptg. hubby plak 9 ke 6 ptg. so aku yang balik dulu akan pick up anak dan tunggu kat rumah kak ipar ku di area ttdi jaya. {Mekasih yer kak sebab bagi kitaorg tumpang jap :)}.

aku bukan aper, korang pun mesti rasa nak balik cepat2 kan lepas kerja, tp aku tau ader gak yang serabut nak balik atas sebab2 tertentu. Rumah sendiri mana laa sama ngan rumah org. Aduhhh... menunggu dan menunggu. nak balik sendiri ngan anak2 boleh tapi sure serabut. yang kecik sure leh tahan 5 minit jer kut dlm car seat tue. Huh jangan, pengalaman lalu telah mengajar ku {cewAHHH}. baby nangis sampai tak kuar suara. naik takut gak aku, takut dia tak boleh bernafas.... lagipun MIL aku ader cerita yang hubby aku pernah nangis sampai biru tak bernafas. takut gak aku, Nauzubillah.... jgn lah anak2 buat begitu dengan ibumu ini. So terpaksa laa aku berenti dan menenangkan yang baby tu dulu. Lagipun apalah yang boleh diharapkan sangat dengan abg dan kakak dia yang berusia 5 dan 3 taun itu. huhuhu aku gak yang nangis akhirnya.

So everyday kitaorg konvoi sampai rumah kak ipar aku, then baru p keje ngan keta masing2 selepas antar anak ke nurseri. Berbalik citer tadi sooo aku nie menunggu dan menunggu laaa umpama buah yang tak jatuh. seksa oooo cam bait lagu penantian satu penyiksaan.

Soooo tolonglaaa cik puan BOS, nak meting please laa buat pagi2, kan senang orang2 yang berkenaan. takder laa kami anak beranak duk menunggu. skali skala takder aku marah tapi nie setiap ari berturut2 nie yang buat bengang tahap gaban nie. jgn sampai satu tahap ader surat ketidakpuasan hati timbul udah laaa.

Samsung Galaxy Tab 10.1"


















Can't wait for this to come to Malaysia.
  • The power and speed of Android™ 3.1, Honeycomb
  • Widescreen HD (1280x800) viewing experience on a brilliant 10.1" display
  • Full HTML Browser with Adobe® Flash® Technology
  • Thinner, Lighter and Stylish - Only .34" thin and 1.25 lbs